Tuesday, November 2, 2010

arau banjir lagik!





Teringat zaman-zaman nak register time diploma dulu [tahun 2005]. sampai je air dah naik, tapi sebab keta aku tu tinggi, boleh lagi nak harung masuk uitm. tengok-tengok tak sampai setengah jam dah tak boleh keluar dah. sudahnya family aku berkampung kat Dahlia tu 4 hari. aku? kene harung minggu orientasi la. tapi kejap je pun, tak sampai seminggu dapat cuti lagi sebab air takde. haha





* gambar ihsan fb *


tahun ni dah tahun 2010, maknanya tu cerita lima tahun lepas. pejam-celik-pejam-celik, aku pun dah nak abis. tapi cerita yang lebih-kurang-nak-sama, banjir jugak! cuma dulu time aku nak register, tapi kali ni time nak balik dan insyaAllah tak kan datang lagi untuk waktu yang terdekat ni.


Allah, give me strength!

luv; ayuni

Wednesday, October 27, 2010

gambate!!




gud lak oh!!
neway, sapa2 yang tengah berexam:


luv, ayuni

Thursday, September 2, 2010

30 perkara girls tak sempat nak bagitau guys

actually, aku jumpa ni dalam facebook,, cam best je.. hikhikhik~~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. [oh tak2! aku nak dia pujuk dan-dan tu jugak!]

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! [aku tak cair, aku MALU!]

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. [sape suka orang cakap ko tak guna?? angkat ibujari cepat aku nak survey!]

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. [kalo dah ada bf watpe kuar ngan laki lain lagi?]

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! <^_^>

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!! [yang ni aku tak pernah guna, tapi boleh difikirkan]

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, August 9, 2010

fuh fuh fuh!! *tiup-habuk*


oh! selamat berpuasa kepada muslimin-muslimat-mukminin-mukminat. semoga ramadhan kali ni memberi seribu makna untuk kita. =)

Monday, March 1, 2010

::WAHAI ANAKKU!!!::

huh~ dah lama aku tidak *menghupdatekan* blog yang mmg tak best nih... Tengah aku bz mencari material2 untuk buat report ni,, aku jumpa article nih... Nice!!! ;)) maybe ada yang dah baca,, tapi aku post entry ni untuk diri aku sendirik... huhu~~
Entry yang aku post kali ni adalah nasihat LUQMANULHAKIM kepada anak2nya.. huhu~~ Agak2 ada lagi tak yang ikut nasihat2 ni?? Masih ada kah?? Here we go...

Wahai anakku! Elakkan dirimu dari membuat hutang krn sesungguhnya dgn berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan gelisah di malam hari...
Wahai anakku! sekiranya ibubapamu memarahimu atas kesalahan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan mereka adalah umpama baja yang menyuburi taman...
Wahai anakku! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila engkau mempunyai jiran tetangga yang jahat...
Wahai anakku! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbutan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan dia tidak mampu untuk mengangkatnya...
Wahai anakku! Berhati2lah dengan tuturkata dan tiap bicaramu, peliharalah budi bahasamu & sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disukai & disenangi oleh orang di sekelilingmu. Perumpamaannya adalah seperti mereka mendapat barang berharga darimu...
Wahai anakku! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura2 membuat dia marah terhadapmu. Sekiranya dalam marah itu dia masih mahu menasihati, menyedarkan & menginsafkan kamu maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu dengannya...
Wahai anakku! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya, sebaliknya biarlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu...
Wahai anakku! Jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan kesenangan serta segala kemewahannya kerana ALLAH tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah bahawa tiada makhluk yang lebih hina dari mereka yang telah diperdaya oleh dunia...
Wahai anakku! Janganlah kamu ketawa jika tiada perkara yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa2 faedah pun kepadamu & janganlah kamu sia2kan hartamu ke jalan maksiat...
Wahai anakku! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu akan selamat drpd mengeluarkan perkataan yang sia2. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dr mengeluarkan ucapan yang kotor sudah tentu dia akan menyesal kelak...
Wahai anakku! Bergaul & berkawanlah dengan org2 yang soleh/ah & berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat & tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan...
Wahai anakku! Sesungguhnya hidup kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam & banyak manusia yang telah karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya adalah iman dan layarnya adalah tawakal kepada ALLAH...
Wahai anakku! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan & satu lagi majlis takziah kematian maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keduniaan shaja...
Wahai anakku! Janganlah kamu terus menelan apa yang kamu rasa manis & meludah apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah,, tidak semua yang manis akan menjadikan kita segar & tidak semua yang pahit akan membuatkan kita sakit...
Wahai anakku! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih2an. Sesungguhnya lebih baik bahagian yang kenyang diberikan kepada anjing sahaja...
Wahai anakku! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja & nafkahkanlah hartamu yang selebihnya ke jalan ALLAH sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan jadi pengemis & membebankan orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa kamu akan mati. Ketahuilah apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka...
Wahai anakku! Janganlah kamu melantik seorang yang bodoh menjadi utusanmu, jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar & bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan...
Wahai anakku! Orang yang bersedia mendengar nasihat & bimbingan orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari ALLAH tetapi bagi orang yang insaf & sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak mendapat kemuliaan dari ALLAH...
~~WALLAHUALAM~~

Wednesday, August 19, 2009

::Cupcakes untuk korang2::

Takde mood..
kene cari bahan nak present sok..
MALASSS....
huhu~~
sudahnye,, aku cari gambo cupcake cute nih...
aloh,, comelnye...

Cupcakes ni aku bagi kat Hann..
haha~~ terima la seadanya.. =)
neway,, HAPPY BEELATED BESDAY!!!
4 Nazira,, tak mampu nak bg kain tuh,, amik ni je=P

Aween,, smoge idup ko aman=)

AFi3,, bile nak mai nih...


Nie for uols..
tak cukupp lg??amek nih=)dan ini lagi...

and for da last cupcake,, untuk B saye.. =)

[Geli?? aku tak bagi kat korang2 pon yang ni] HAHAHA~~

Friday, August 7, 2009

::APA PROBLEMNYE LAGIK???::

TENSION
siot aku hari ni.. Buat experiment sampai 3 kali,, tapi satu pun tak jadi.. Heran cane la bro2 tuh leh TERdapat lak result.. huhu~~ Nak kata salah method,, da ikut buku.. Bukan takat ikut buku,, da ikut kepala senirik da.. Aku bengang betul la.. DA MALAS BUAT!!! Lantak ko la K.. huhu~

Friday, July 31, 2009

::HAPPY BIRTHDAY DEAR=)::

Selamat hari lahir,, happy bezday,, zhe ni shengri quaile,, hmm,, cukup la kot... he~~ Tua da ek kamu.. [sesungguhnya kamu memang lagi tua dari saya] Walaupun agak frust semalam sebab kamu tertidur begitu awal semalam,, hari ni saya bahagia sebab celik mata je da boleh dengar suara kamu..
**Sori aku agak jiwang pagi ni=p**
By the way,, ni hari last aku kat umah,, huhu~~ Malam ni nak naik bas da,, =( bad mood la kalo pikir nak balik arau nih... Report menimbun,, ada quiz lagi,, yang paling malas na ngadap lecture 2 jam itu.. huhu~~ Pemalas macam ni,, Macam mana aku leh sambung study lagi aku pun tak tahu.. Barang tak pack lagi,, nanti kang 2 jam b4 bas gerak aku pack la.. Kalo tertinggal macam biasa la pos barang tuh,, haha~~ [wat pe ada pjabat pos kalo kite tak guna kan?=P]
Hari ni gak umah beso tepi umah aku tu wat kenduri kesyukuran.. Orang Kelantan panggil kenduri naik rumah [org negeri len aku tak tahu] Biasa kenduri naik umah ni biasa biasa je,, panggil orang sekeliling ngan sedara mara je.. Tapi aku tengok da siap 2 khemah besar,, siap warne kuning lagi,, wait3,, ni kenduri naik umah ke kenduri kawin?? huhu~~ Orang kalo da banyak duit tak tahu nak letak mane camnila.. Hehe~takpe la,, sedekah kan.. =) yang penting aku pon turut sama kenyang..
Okla,, aku nak siap gi bandar jap,, buat apa yang patut b4 berangkat ke tanah gersang terchenta.. haha~~ Kalo rajin nanti aku upload pict kenduri tu.. Tu pun kalo sempat la ek.. gtg,, daa~~ =)

Thursday, July 30, 2009

:: HUTANG ::





Aduih,, entry kali ni aku nak bercerita pasal hutang lak... [Bukan aku nak berhutang ek] Tapi tiba2 lak teringat sorang mamat yang pinjam duit aku nih,, kalo kira takde la banyak sangat tapi main rat jugak le.. Aku tak mo ungkit sebenarnye,, sbb aku da kira halal da duit tu.. Ye la,, member2 dok cita dia ni banyak masalah sangat..


Aku lak terasa cam bodo sbb bagi dia pinjam sampai 2 kali.. 1st hutang x bayo lagi,, da mintak nak hutang lagi... Aku pon tak pikir panjang,, tak tanya pendapat sapa2,, terus je bagi dengan rela hati.. [sebab masa tu baru dapat pt, tak berkira sangat la]haha =D


Aku ni tak mintak hutang tu ingat dia boleh la hulur sikit2.. Ye la,, hutang ni kene bayar walaupon tak dimintak,,

kan kan kan??

Tapi dia tak ingat ke,, buat2 tak ingat ke,, aku pon tak tahu sebab sampai sekarang dia takde contact aku... Aku pikir positif lg, kot dia hilang fon ke,, no.fon aku da terDELETE ke,, sbb tu takleh nak contact aku..


Tapi ni bila aku da nampak dia online tu,, pulak takmo tegur aku da sikit hangin la.. At least tegur pon da kire orait da,, [Aku tak ungkit punye pasal hutang ko kat aku]... Tak puas hati tul aku... huhu~~ Takpe2, ko tak tegur aku pun aku da tak heran,, nanti kalo ko tegur aku pun nak pinjam duit wat pe,, aku sendirik pun kering la ni..


Huh~~ kurang da sikit tak puas hati aku,, so INCIK B [bukan nama sebenar],, ko kalo terbaca page ni,, aku HALAL da hutang ko tuh[aku ikhlas ok].. Tapi aku harap sangat ko tegur aku kalo jumpa kat mana2,, kalo aku nampak ko lari,, aku pelangkung kepala ko ngan slipar jepun putihku itu... hahaha =D




Sunday, April 12, 2009

::xm xm xm::

huhu~~
final exam da dekat,, tapi aku tak jugak sedar diri.. bila ntah nak datang mood study.. huhu~~ wahai mood rajin,, datang la engkau kepadaku.. haha.. schedule ni hanya untuk aku memperingati diri aku sendirik..

21.04- ctu 553
23.04- chm 510 [fevret subjek leo, loh n ajhie=)]
26.04- pst 503
29.04- phy 524
04.05- mat 538 [aku memang pencinta m3] hahaks lol