Monday, March 1, 2010

::WAHAI ANAKKU!!!::

huh~ dah lama aku tidak *menghupdatekan* blog yang mmg tak best nih... Tengah aku bz mencari material2 untuk buat report ni,, aku jumpa article nih... Nice!!! ;)) maybe ada yang dah baca,, tapi aku post entry ni untuk diri aku sendirik... huhu~~
Entry yang aku post kali ni adalah nasihat LUQMANULHAKIM kepada anak2nya.. huhu~~ Agak2 ada lagi tak yang ikut nasihat2 ni?? Masih ada kah?? Here we go...

Wahai anakku! Elakkan dirimu dari membuat hutang krn sesungguhnya dgn berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan gelisah di malam hari...
Wahai anakku! sekiranya ibubapamu memarahimu atas kesalahan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan mereka adalah umpama baja yang menyuburi taman...
Wahai anakku! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila engkau mempunyai jiran tetangga yang jahat...
Wahai anakku! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbutan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan dia tidak mampu untuk mengangkatnya...
Wahai anakku! Berhati2lah dengan tuturkata dan tiap bicaramu, peliharalah budi bahasamu & sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disukai & disenangi oleh orang di sekelilingmu. Perumpamaannya adalah seperti mereka mendapat barang berharga darimu...
Wahai anakku! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura2 membuat dia marah terhadapmu. Sekiranya dalam marah itu dia masih mahu menasihati, menyedarkan & menginsafkan kamu maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu dengannya...
Wahai anakku! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya, sebaliknya biarlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu...
Wahai anakku! Jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan kesenangan serta segala kemewahannya kerana ALLAH tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah bahawa tiada makhluk yang lebih hina dari mereka yang telah diperdaya oleh dunia...
Wahai anakku! Janganlah kamu ketawa jika tiada perkara yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa2 faedah pun kepadamu & janganlah kamu sia2kan hartamu ke jalan maksiat...
Wahai anakku! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu akan selamat drpd mengeluarkan perkataan yang sia2. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dr mengeluarkan ucapan yang kotor sudah tentu dia akan menyesal kelak...
Wahai anakku! Bergaul & berkawanlah dengan org2 yang soleh/ah & berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat & tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan...
Wahai anakku! Sesungguhnya hidup kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam & banyak manusia yang telah karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya adalah iman dan layarnya adalah tawakal kepada ALLAH...
Wahai anakku! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan & satu lagi majlis takziah kematian maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keduniaan shaja...
Wahai anakku! Janganlah kamu terus menelan apa yang kamu rasa manis & meludah apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah,, tidak semua yang manis akan menjadikan kita segar & tidak semua yang pahit akan membuatkan kita sakit...
Wahai anakku! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih2an. Sesungguhnya lebih baik bahagian yang kenyang diberikan kepada anjing sahaja...
Wahai anakku! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja & nafkahkanlah hartamu yang selebihnya ke jalan ALLAH sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan jadi pengemis & membebankan orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa kamu akan mati. Ketahuilah apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka...
Wahai anakku! Janganlah kamu melantik seorang yang bodoh menjadi utusanmu, jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar & bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan...
Wahai anakku! Orang yang bersedia mendengar nasihat & bimbingan orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari ALLAH tetapi bagi orang yang insaf & sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak mendapat kemuliaan dari ALLAH...
~~WALLAHUALAM~~

2 comments:

Fatin Baharum said...

omaigod, i like it yunie!
ak xpnah jumpe article cmni.

yunnzkhalid said...

bowl:: ek?? takpe2..aq pon suke=)